28 Februari 2011
Saya memilih artikel ini kerana ia talah menarik perhatian saya ketika membacanya.Artikel ini mengenai seorang ibu dan anaknya rtelah meninggal dunia akibat sebuah kebakaran yang berlaku di rumah mereka.Pada ketika itu Cik Ong Ean Lee,33 tahun dan anaknya Artina Lake,2 tahun telah ditemui mati dalam sebuah bilik dan dipercayai sesak nafas akibat kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Taman Sri Sinar pada pagi semalam.Pada ketika itu suami Cik Ong,Encik Calven Loke Wai,36 tahun,yang sibuk membantu berkempen dalam pilihan raya kecil di Merlimau,Melaka.Beliau menerima berita yang menyayatkan hati itu daripada jirannya yang membuat pangilan pada pukul 6.30pagi.
Setelah kebakaran itu dihapus,mayat isterinya ditemui di atas katil,manakala anaknya ditemui di tepi katil dalam bilik yang sama.Cik Ong dan Encik Calven telah berkahwin sejak lima tahun yang lalu pada tahun 2006.
Pada pendapat saya,kejadian seperti ini mungkin boleh terjadi jika kita lalai dalam merlakukan sesuatu seperti memasak.
No comments:
Post a Comment