Sunday, October 28, 2012

Filem Cerminan Masyrakat-Ekspositori

Filem merupakan sebuah gambar bergerak yang mempunyai jalan cerita yang ditayangkan di layar perak di dalam pawagam.Filem diilhamkan daripada buku cerita atau pengamatan realiti.Cerita yang akan diberitahu ialah Labu Labi dan Do Re Mi.Filem mencerminkan latar sebuah tempat,masa.masyarakat filem itu dibuat.Namun ada jugak cerita yang dibuat berdasarkan imaginasi.Contoh file Ali Baba Bujang Lapok.File-filem juga mempamerkan nilai-nilai positif.Seperti filem saya pilih iaitu Labu Labi dan Do Re Mi.

 

Filem Labu Labi difilemkan di kawasan kampung dan sesetengah cerita itu difilemkan di bandar.Keadaan di kawasan kampung itu agar tersusun,bersih dan agar rapi.

Filem Do Re Mi difilemkan di kawasan kampung,kawasan hutan,sebuah pasar.Keadaan di kawasan pasar itu agar tersusun dengan rapi.Manakala di kawasan hutan itu agar sunyi.Tiada ramai orang yang berlalu-lalang di kawasan hutan itu.

Persamaan anatara filem Labu Labi dan Do Re Mi adalah kedua-dua kawasan di mana perlakon tersebut difilemkan di kawasan yang agak tersusun dengan rapi.Filem itu juga difilemkan di kawasan kampung.

 

Filem Labu Labi tergolong dari golongan yang miskin,seorang perkerja,bekerja di rumah yang kaya raya,Tuan rumah itu seorang pengurus yang berjaya.Filem Do Re Mi pula tergolong dari gologan yang miskin,pemalas,rajin,kurang bersopan satun.Persamaan antara filem Labu Labi dan Do Re Mi ialah kedua-dua pelakon itu miskin.Mereka terpaksa bekerja.

 

 

Filem Labu Labu difilemkan di era pada zaman 60an manakala difilemkan pada era 60an juga.

 

Dari filem Labu Labi,Haji Bakhil merupakan seorang yang kedekut.Dia tidak memberikan bilik untuk membantu dan pemandu nye itu.

Dari filem Do Re Mi,tiga sahabat yang membantu sama lain semasa mereka dalam keadaan susah.Mereka selalu bertolak ansur antara satu sama lain.

 

Nilai-nilai yang dapat dipelajari dari filem Labu Labi dan Do Re Mi ialah bertolak ansur,ketabahan.

 

Daripada:

Nurul Huda (:



Thursday, February 23, 2012

Pengalaman bermain Kompang:D

Hari ini saya diajar utk bermain kompang.Cikgu siti yang mengajar saya dan rakan-rakan utk bermainnya.saya berasa ghairah utk bermain nya.setelah menepuk kompang itu,tangan saya berasa sangat sakit tetapi saya masih berasa seronok kerana dapat bermainnya.

Rebana:D

Sejarah:
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.

Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi

Angklung:D

Sejarah Angklung:Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.Muzik Angklung bermula dari Jawa Barat, Indonesia. Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait
Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.

Cara bermain:
Kdua disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap

Kampong:D

Sejarah Kompang:Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Tterdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. manakala, bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan penegang atau dipanggil sedak iaitu sejenis rotan yang diletakkan antara belulang dan baluh, sedak ini deletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

Cara utk bermain:Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian

Sunday, January 29, 2012

Apa itu Dikir Barat?!

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional.Ia biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

Pada pendapat saya,dikir barat itu adalah salah satu cara untuk mengekalkan budaya orang melayu.

Monday, January 23, 2012

Pada Hujung Minggu:)

pada hari sabtu,saya telah menghabiskan masa saya di rumah sepanjang hari.saya melakukan tugaas yang telah diaturkan oleh cikgu saya.

pada hari ahad,saya dan keluarga saya telah makan tengah hari di Geylang.setelah itu,keluarga saya telah membeli barang yang diperlu di sana.saya rasa amat penat setelah seharian di sana.